Tuesday, December 23, 2008

indahnya fitrah C.I.N.T.A

Ihsan saudari Najibah; http://syawqahwardah.blogspot.com/




Atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman...

Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi...

Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
Ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai...
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu...

Tetapi temanku an-nisa',
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah...

Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya,
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa',
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila...
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia...
Sedikit cuma...

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you,
Kerana engkau percaya...
DIA yang terbaik...
Lantaran DIA yang terbaik,
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya...
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yang terbaik buat kalian,
Kalau ada jodoh tak ke mana...
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api...
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillahi min zalik...

Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita...
Yakinlah dengan IA...
Serahkan segalanya pada IA...
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak...
ALLAHU a'lam...

Akhirul kalam...
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak...
Dan itulah cinta hakiki...
Kerna engkau yakin,
Di sana adanya sebuah,
Pertemuan di taman Syurga yang Indah...

Thursday, December 18, 2008

Wartawan menghina Bush, apa Ulama buat??

Hasil nukilan Saudara Ibam (http://khilafaharmy.wordpress.com/2008/12/17/wartawan-menghina-bush-apa-ulama-buat/)

Posted by khilafaharmy in
Analisis.
Tags: analisis lawatan Bush, Bush, dilempar, kasut, Muntader, Sheikh al-Azhar, Tantawi, ulama memalukan, wartawan, Zaidi
trackback

Ahad, 14 Disember, Baghdad

Nampaknya, seluruh dunia mengetahui insiden penghinaan terhadap George Bush yang hampir menjadi sasaran lemparan kasut. Beritanya boleh didapati di banyak tempat, cuma ana ingin membincangkan isu yang lebih utama. Sebelum itu, sedikit info mengenai kes Bush dan kasut ini, mungkin ada yang masih belum membacanya lagi.

Pada lawatan Bush ke Iraq(dikatakan lawatan terakhirnya ke sana), seorang wartawan dari syarikat al-Baghdadia, Muntader al-Zaidi melemparkan kasutnya yang pertama semasa sidang media apabila Bush berucap “this is his farewell gift to the Iraqi people” sambil berteriak

"This is a gift from the Iraqis; this is the farewell kiss, you dog"

Kemudian membaling sebelah lagi kasutnya dengan teriakan

"This is from the widows, the orphans and those who were killed in Iraq."

Walaupun kasutnya tidak mengenai Bush, tetapi kedua-duanya mengenai bendera Amerika. Dilaporkan bahawa bagi tradisi Arab, kasut di kepala merupakan sesuatu yang menghinakan, seumpama memijak kepala seseorang.

Muntader disambut sebagai wira atas tindakannya yang berani itu. Walaubagaimanapun, kini dia masih lagi di dalam tahanan dan dilaporkan dibelasah teruk.

Agenda tersembunyi

Pada asalnya, lawatan Bush ke Baghdad adalah lawatan yang tidak diumum (unannounced visit). Lawatan ini sengaja tidak diumum atas sebab-sebab tertentu. Tapi kini, seluruh dunia telah mengetahui tentang lawatan tersebut, yang mana destinasi seterusnya adalah ke Afganistan.

Walaubagaimanpun, yang menjadi highlight adalah tregedi Bush dan kasut. Sebenarnya, ini merupakan lawatannya yang terakhir ke negara-negara yang dijajah Amerika(Iraq dan Afganistan), yang tujuannya adalah untuk memberi peringatan kepada kerajaan Iraq dan Afganistan bahawa kepentingan Amerika di kedua-dua negara itu masih perlu dijaga, walaupun dia akan diganti Obama. Selain itu, Bush turut mengingatkan bahawa bahawa bantuan ketenteraan akan terus ditingkatkan oleh Pemerintahan Obama tahun depan. Secara mudah, kehadirannya adalah untuk memastikan boneka-bonekanya tetap setia kepada tuan, walaupun selepas ini, tuan baru akan ganti. Bush terus dalam penipuannya dengan menyifatkan kehadiran tentera Amerika ke Iraq sebagai

"One of the greatest successes in the history of the United States military."

walaupun seluruh dunia tahu akan kegagalan Amerika di Iraq dan Afganistan.

Lain Pula Ceritanya

Sungguh malang sekali bagi kaum muslimin, jika wartawan mempunyai keberanian tetapi ulama tidak langsung mempunyai maruah. Dalam satu Seminar Dialog Antara Agama pada Julai lalu dimana Sheikh al-Azhar, Sheikh Tantawi yang berjabat mesra dengan Presiden Israel Simon Perez. Tindakan “Ulama” itu telah mengejutkan kaum Muslimin, terutamanya di Mesir. Ingatlah bahawa Allah telah menurunkan ayat

Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah parti Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya parti Allah itulah parti yang berjaya.
(TQ al-Mujadilah 58:22)

Sebab turun(asbabun nuzul) ayat itu dalam satu riwayat seperti berikut:

Bahwa pada suatu hari Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) mencaci maki Rasulullah saw. Lalu Abu Bakar memukulnya dengan keras sehingga dia jatuh terpelanting. Lalu berita itu sampai kepada Rasulullah saw. maka Rasulullah saw. bertanya, “Apakah benar engkau telah melakukan hal itu, wahai Abu bakar?” Abu Bakar menjawab, “Demi Allah seandainya di tanganku ada pedang, niscaya dia akan kupancung dengan pedang itu”.
(HR Ibnu Munzir)1

Turunnya ayat Quran tentang kes itu menandakan pembenaran(persetujuan) Allah terhadap perbuatan Abu Bakar. Sepatutnya Ulama Islam lebih mengetahui akan hal ini. Sikap ini bukanlah sikap sebagai seorang yang menyertai parti(hizb) Allah. Lebih dibanggakan sikap Muntader yang layak digolongkan dalam parti Allah dan berjaya. Sungguh mengecewakan kerana menurut Imam Ghazali,

“Rosaknya rakyat, karena rosaknya para penguasanya. Rosaknya para penguasa, karena rosaknya para ulama”

Umat Islam kini berada di bawah penguasa yang mementingkan kepentingan penjajah Amerika dan Ulama yang berkasih dengan Israel. Mana tak rakyat menjadi mangsa. Benarlah sabda Rasulullah

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” (HR Baihaqi)

Sumber Rujukan:

http://www.guardian.co.uk/world/video/2008/dec/15/iraq-georgebush
http://www.iht.com/articles/2008/12/15/africa/15prexy.php
http://www.turkishweekly.net/news.php?id=62206
http://baghdadbureau.blogs.nytimes.com/2008/12/15/brother-is-proud-of-shoe-tossing-iraqi-journalist/?src=tp&apage=2
http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-fg-bush15-2008dec15,0,3110164.story
http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=14142335
http://www.syabab.com/index.php?option=com_content&view=article&id=366:dialog-kemungkaran&catid=27:akidah-&Itemid=61

1Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari Ibnu Juraji

[12:o3]

Sunday, December 14, 2008

3 malaun...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk.
Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata,
"Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".
Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram.
"Allahu akbar!"
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,
"Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Sunday, November 30, 2008

Diatas Sejadah Cinta ....


:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Kota kufah terang oleh sinar purnama . Semilir angin yang bertiup dari utara membawa hawa sejuk. Sebahagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya . Namun geliat hidup kota Kufah masih terasa .

Di serambi masjid Kufah , seorang pemuda berdiri tegap menghada kiblat . Kedua matanya memandang teduh ke tempat sujud . Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran . Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan tuhan , Pencipta alam semesta.

Orang-orang memanggilnya ' zahid ' atau ' si ahli zuhud ' , karena kezuhudannya meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan paling mencintai masjid di Kota Kufah pada masanya . Sebahagian besar waktunya ia habiskan di dalam masid., untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka Kota Kufah . Saat itu masjid adalah pusat peradaban , pusat pendidikan , pusat informasi dan pusat perhatian .

Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Tiap kali sampai pada ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat . Air matanya mengalir deras . Neraka bagaikan menyala - nyala di hadapannya . Namun, jika ia sampai pada ayat-ayat ni'mat dan syurga , embun sejuk dari langit terasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya . Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan . Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci .

Tatkala sampai pada surah Asy-Syams , ia menangis ,

" fa alhamaha fujuuraha waa taqwaaha ,

qad aflaha man zakkaaha

wa qad khaaba man dassaha "


( maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan

dan ketakwaan , Sesungguhnya beruntunglah orang yang

mensucikan jiwa itu, dan sungguh merugilah orang yang

mengotorinya )

Hatinya tertanya - tanya, Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya ?


Ataukah golongan yang mengotori jiwanya ? Dia termasuk golongan yang beruntung atau yang merugi ?

Ayat itu ia ulang berkali-kali . Hatinya bergetar hebat . Tubuhnya berguncang. Akhirnya ia pengsan .

Sementara itu , di pinggir kota tampak sebuah rumah mewah bagai istana . Lampu - lampu yang menyala dari kejauhan tampak berkerlap - kerlip bagai bintang gemintang . Rumah itu milik seorang saudagar kaya yang memiliki kebun korma yang luas dan hewan ternak yang tak terhitung jumlahnya .

Dalam salah satu kamarnya , tampak seorang gadis jelita sedang menari-menari riang gembira . Wajahnya yang putih susu tampak kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lentera yang menerangi ruangan itu . Kecantikannya sungguh mempesona. Gadis itu terus menari sambil mendendangkan syair - syair cinta ,

" in kuntu 'asyiqatullail fa ka'si

musyriqun bi dhau'

wal hubb al wariq "


( jika aku pencinta malam maka

gelasku memancarkan cahaya

dan cinta yang mekar..)

Gadis itu terus menari -nari dengan riangnya . Hasilnya berbunga - bunga . Di ruangan tengah , kedua orang tuanya menyungging senyum mendengar syair yang di dendangkan putrinya .

Sang ibu berkata , " Abu Afirah , putri kita sudah menginjak dewasa . Kau dengarkanlah baik-baik syair-syair yang ia dendangkan ."

" Ya itu syair-syair cinta , memang sudah saatnya ia menikah . Kebetulan tadi siang di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir . Dia melamar Afirah untuk putranya , Yasir "

" Bagaimana? Kau terima atau ........?"

" Ya jelas langsung aku terima . Dia kan masih kerabat sendiri dan kita banyak berhutang budi padanya . Disamping itu Yasir itu gagah dan tampan ."

" tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?"

" Tak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling cocok adalah Yasir "

" Ah , itu gampang . Nanti jika sudah beristeri Afirah, dia pasti juga akan tobat ! Yang penting dia kaya raya "


Pada saat yang sama , di sebuah tenda mewah , tak jauh dari Kota Kufah . Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman - temannya . Tak jauh darinya seorang penari melenggok - lenggokkan tubuhnya diiringi suara gendang dan seruling .

" Ayo bangun , Yasir . Penari itu mengerlingkan matanya padamu !" Bisik temannya

" Be...Benarkah ?"

" Benar. Ayo cepatlah . Dia penari tercantik kota ini . Jangan kau sia - siakan kesempatan ini Yasir !"

"Baiklah . Bersenang - senang dengannya memang impianku ."

Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari .Sang penari menghulurkan tangannya dan Yasir menyambutnya . Keduanya lalu menari nari diiringi irama seruling dan gendang . Keduanya benar- benar hanyut dalam kelenaan . Dengan gerakan mesra penari itu membisikkan sesuatu ke telinga Yasir ,

" Apakah anda punya waktu malam ini bersamaku?"

Yasir tersenyum dan menganggukkan kepalanya . Keduanya terus menari dan menari . Suara gendang memecah hati . Irama seruling melengking lengking . Aroma arak menyengat Nurani . Hati dan pikiran jadi mati .

Keesokan harinya .

Usai shalat dhuha , zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota . Ia hendak menjenguk saudaranya yang sakit . Ia berjalan dengan hati terus berdzikir membaca ayat - ayat suci al - Quran . Ia sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli anggur dan apel buat saudaranya yang sakit .

Zahid berjalan melewati kebun Korma yang luas . Saudaranya pernah bercerita bahawa kebun itu milik saudagar kaya , Abu Afirah . Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebun korma itu . Tiba - tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam . Ia terus berjalan dan ttik hitam itu semakin mendekat . Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan bayangan itu menjadi seorang sedang menunggang kuda , lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara ,

" tolooong!! toloong !! "

Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya . Ia menghentikan langkahnya . Penunggang kuda itu semakin jelas .

" toloong !! tolong!! "

Suara itu semakin jelas terdengar . Suara seorang perempuan . Dan matanya dengan jelas bisa menangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan . Kuda itu berlari kencang .

" Toloong !! toloong hentikan kudaku ini ! Ia tidak bisa dikendalikan !"

Mendengar itu Zahid tegang . Apa yang harus ia perbuat . Sementara kuda itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya . Cepat-cepat is menenangkan diri dan membaca shalawat . Ia berdiri tegap di tengah jalan . Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkat tangan kanannya dan berkata keras ,

" Hai kuda makhluk Allah , berhentikanlah dengan izin Allah !"

Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya , kuda itu meringkik dan berhenti seketika .Perempuan yang ada di punggungnya terpelanting jatuh . Perempuan itu mengaduh . Zahid mendekati perempuan itu dan menyapanya .

" Assalamu'alaiki , kau tidak apa - apa ?"

Perempuan itu mengaduh . Mukanya tertutup cadar hitam . Dua matanya yang bening menatap Zahid . Dengan sedikit merintih ia menjawab pelan,

" Alhamdulillah tidak apa - apa ,hanya saja tangan kananku sakit sekali . Mungkin terkilir saat jatuh "

" Syukurlah kalau begitu "

Dua amata bening di balik cadar itu terus memandang wajah tampan Zahid . Menyadari hal itu , Zahid menundukkan pandangannya ke tanah . Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid , ia membuka cadarnya . Dan tampaklah eajh cantik nan mempesona..

" Tuan , saya ucapkan terima kasih . Kalau boleh tahu siapa nama Tuan , dari mana dan mau ke mana Tuan ?"

Zahid mengangkat mukanya . Tak ayal matanya menatap wajah putih bersih mempesona . Hanya bergetar hebat . Saraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gadis jelita dari jarak yang sangat dekat .

Sesaat lamanya keduanya beradu pandang.Sang gadis terpesona dengan ketampanan Zahid , sementara gemuruh hati zahid tak kalah hebatnya . Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona . Zahid tersadar , ia cepat-cepat menundukkan kepalanya . " Innalillah ""Astaghfirullah ", gemuruh hatinya .

"Namaku Zahid , aku dari masjid mau mengunjungi saudaraku yang sakit"

"Jadi kaukah zahid yang dibicarakan orang itu? yang hidupnya cuma di dalam masjid ?"

" Tak taulah, itu mungkin zahid yang lain " kata Zahid sambil membalikkan badan . Ia lalu melangkah .

" Tunggu dulu Tuan Zahid ! Kenapa tergesa- gesa ? Kau mau kemana ? Perbincangan kita belum selesai !"

" Aku mau melanjutkan perjalananku !"

Tiba - tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid . Terang saja Zahid gelagapan . Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya . Seumur hidup ia belum pernah menghadapi situasi seperti ini .

" Tuan , aku hanya mau bilang , namaku Afirah . Kebun ini milik ayahku . Dan rumahku ada di sebelah selatan kebun ini . Jika kau mau silakan datang ke rumahku . Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu . Dan sebgai ucapan terima kasih aku mau menghadiahkan ini ."

Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda .

" tidak usah "

"terimalah , tidak apa -apa , ! Kalau tidak tuan terima , aku tidak akan memberi jalan !"

Terpaksa zahid menerima saputangan itu . Gadis itu lalu minggir sambil menutup kembali mukanya dengan cadar . Zahid melangkahkan kedua kakinya melanjutkan perjalanan.....

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya , Kota Kufah kembali diterangi sinar rembulan.Angin sejuk dari utara semilir mengalir .

Afirah terpekur di kamarnya . Matanya berkaca - kaca . Hatinya basah.Pikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian dirinya tadi pagi di kebun korma hatinya terasa gundah . Wajah bersih zahid bagai tak hilang dari pelupuk matanya . Pandangan matanya yang teduh menunduk membuat hatinya sedemikian terpikat .

Pembicaraan orang - orang tentang kesalehan seorang pemuda di tengah kota bernama zahid semakin membuat hatinya tertawan . Tadi pagi ia menatap wajahnya dan mendengarkan tutur suaranya. Ia juga menyaksikan wibawanya . Tiba- tiba air matanya mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan kegembiraan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata ,

" Inikah cinta ? beginikah rasanya ? terasa hangat mengaliri syaraf . Juga terasa sejuk di dalam hati. Ya rabbi! tidak aku mungkiri , aku jatuh hati pada hambamu yang bernama zahid . Dan inilah untuk pertama kalinya aku terpesona pada seorang pemuda .Untuk pertama kalinya aku jatuh cinta . Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya "

Air matanya terus mengalir membasahi pipinya . Ia teringat sapu tangan yang ia berikan pada zahid . Tiba - tiba ia tersenyum ,

" Ah , sapu tanganku ada padanya . Ia pasti juga mencintaiku . Suatu hari ia akan datang kemari ."

Hatinya berbunga - bunga . Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh itu hadir di pelupuk matanya .

Sementara itu , di dalam masjid Kufah tampak zahid yang sedang menangis di sebelah kanan mimbar . Ia menangisis hilangnya kekhusyukan hatinya dalam shalat. Ia tidak tahu harus berbuat apa.Sejak ia bertemu dengan Afirahdi kebun korma tadi pagi ia tidak bisa mengendalikan gelora hatinya .

Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat dalam relung-relung hatinya . Aura itu selalu melintas dalam solat , baca Al-Quran dan dalam apa saja yang ia lakukan .Ia telah berulang kali cuba menepis jauh - jauh aura pesona Afirah dengan melakukan shalat sekhusyuk khusyuknya namun usaha itu sia - sia .

" Ilahi, kasihanilah hambamu yang lemah ini. Engkau mahatahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cinta mu . Namun engkau juga tahu, hatiku ini tak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarik wajah dan suaranya ilahi , berilah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menetes-menetes dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada aris takdir yang paling engkau ridhai .Aku serahkan hidup matiku untuk Mu " Isak zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta , dan segala keindahan semesta .

Zahid terus meratap dan mengiba . Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya , semakin ia meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada tuhan . Rasa takut akan azabnya. Rasa cinta dan rindunya pada Afirah . Dan rasa tidak ingin kehilangannya . Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya . Dalam puncak munajatnya , ia pingsan .

Menjelang subuh , ia terbangun. Ia tersentak kaget . Ia belum shalat tahajjud . Beberapa orang tampak sedang asyik beribadah bercengkerama dengan tuhannya. ia menangis , ia menyesal . Biasanya ia sudah membaca dua juz dalam shalatnya.

" Ilahi , jangan kau gantikan bidadariku di syurga dengan bidadari dunia . Ilahi , hamba lemah maka berilah kekuatan !"

Ia lalu bangkit , wudhu dan shalat tahajjud . Di dalam sujudnya ia berdoa ,

" Ilahi hamba mohon ridhamu dan syurga . Amin . Ilahi lindungi hambamu dari murkamu dan neraka . Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba pada Afirah padamu , hamba terlau lemah untuk menanggungnya . Amin. Ilahi , hamba mohon ampunan mu, rahmatmu , cintamu , dan ridhamu . Amin. "

Pagi hari itu , usai shalat dhuha Zahid berjalan ke arah pinggir kota . Tujuannya jelas iaitu rumah Afirah . Hatinya mantap untuk melamarnya . Di sana ia disambut baik oleh kedua orangtua Afirah . mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenal ketakwaannya di seantero penjuru kota .

Afirah keluar sekejap untuk membawa minuman lalu kembali ke dalam. Dari balik tirai ia mendengarkan dengan seksama pembicaraan Zahid dengan ayahnya . Zahid mengutarakan maksud kedatangannya , yaitu melamar Afirah .

Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang . Sementara Afirah menanti dengan seksama jawaban ayahnya . Keheningan mencengkam sesaat lamanya . Zahid menundukkan kepala ia pasrah dengan jawaban yang akan diterimanya . Lalu terdengarlah jawapan ayah Afirah

" Anakku Zahid , kau datang terlambat . Maafkan aku , Afirah sudah dilamar oleh Abu Yasir untuk putranya Yasir beberapa hari yang lalu , dan aku telah menerimanya "

Zahid hanya mampu menganggukkan kepala . Ia sudah mengerti dengan baik apa yang didengarnya . Ia tidak bisa menyembunyikan irisan kepedihan hatinya . Ia mohon diri dengan mata berkaca-kaca . Sementara Afirah , lebih tragis keadaannya . Jantungnya nyaris pecah mendengarnya . Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pingsan saat itu juga .

Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tak terkira . Keimanan dan ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada Afirah . Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat nestapa jiwanya . Ia pun jatuh sakit . Suhu badannya sangat panas . Berkali - kali ia pingsan. Berkali - kali ia pingsan . Ketika keadaannya kritis seorang jamaah membawa dan merawatnya di rumahnya . Ia sering mengigau . Dari bibirnya terucap kalimat tasbih , tahlil , istighfar dan ...... Afirah .


Kabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seantero kota Kufah . Angin pun meniupkan kabar ini ke telinga Afirah . Rasa cinta Afirah yang tak kalah besarnya membuatnya menulis sebuah surat pendek ,

" Kepada Zahid ,

Assalamu'alaikum

Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku . Rasa cinta itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini . Aku tahu kau selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sadarmu . Tak bisa kuingkari , aku pun mengalami hal yang sama . Kaulah cintaku yang pertama . Dan kuingin kaulah pendamping hidupku selama - lamanya .


Zahid ,


Kalau kau mau . Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengobati rasa haus kita berdua . Pertama , aku akan datang ke tempatmu dan kita bisa memadu cinta . Atau , kau datanglah ke kamarku , akan aku tunjukkan jalan dan waktunya .


Wassalam


Afirah


Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang bisa dipercaya . Ia berpesan agar surat itu langsung sampai ke tangan Zahid . Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya . Dan meminta jawaban Zahid saat itu juga .

Hari itu juga surat Afirah sampai tangan Zahid . Dengan hati berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya . Setelah tahu isinya seluruh tubuhnya bergetar hebat . Ia menarik nafas panjang dan beristighfar sebanyak - banyaknya . Dengan berlinang air mata ia menulis balasan untuk Afirah : cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya.

" Kepada Afirah

Salamullahi'alaik

Benar aku sangat mencintaimu . Namun sakit dan deritaku ini tidaklah semata-semata karena rasa cintaku padamu. Sakitku ini kerana aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diridhai Allah 'Aza wajalla. Inilah yang ku damba . Dan aku ingin mendamba yang sama . Bukan sebuah cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya.

Afirah,

Kedua tawaranmu itu tidak ada yang aku terima. Aku ingin mengobati kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari syurga . Bukan air timah dari neraka . Afirah , " inni akhaafu in 'ashaitu Rabbi adzaaba yaumin adzim "

Afirah ,

Jika kita terus bertakwa , Allah akan memberikan jalan keluar . Tak ada yang bisa aku lakukan saat ini kecuali menangis padanya . Tidak mudah meraih cinta berubah pahala . Namun aku sangat yakin dengan firmannya " Wanita - wanita yan tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik , dan laki - laki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik ( pula ), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik , dan laki - laki yang baik adalah untuk wanita - wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh itu) bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka.Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (yaitu surga). Karena aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik . Maka aku akan berusaha kesucian dan kebaikan . Selanjutnya Allah yang menentukan .

Afirah,

Bersama surat ini aku sertakan serbanku , semoga bisajadi penglipur lara dan rindumu. Hanya kepada Alllah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam


Zahid "

Begitu membaca jawapan Zahid itu Afirah menangis . Ia menangis bukan kerana kecewa, tapi menangis kerana menemukan sesuatu yang sangat berharga ,yaitu hidayah . Pertemuan dan percintaannya dengan seorang pemuda Soleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya .

Semenjak itu ia meninggalkan semua jalan kehidupannya yang glamor.Ia berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk akhirat . Serban putih pemberian Zahid itu ia jadikan sejadah , tempat di mana ia sujud dan menangis di tengah malam memohon ampunan dan rahmat Allah s.w.t .Siang ia puasa dan malam ia menghabiskan masa bermunajat kepada tuhannya . Di atas sejadah putih itu ia menemukan cinta yang lebih agung dan lebih indah , yaitu cinta kepada Allah s.w.t . Hal yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah . Keduanya benar-benar larut dalam samudera cinta kepada Allah s.w.t.

Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid menerima sepucuk surat dari Afirah ,

" Kepada Zahid ,

Assalamu'alaikum ,

Segala puji bagi Allah , Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar hambanya yang bertakwa . Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku dengan yasir. Beliau telah terbuka hatinya . Cepatlah kau datang melamarku . Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah Rasulullah Saw . secepatnya.

Wassalam

Afirah"

Seketika itu Zahid sujud syukur di mihrab masjid Kufah . Bunga - bunga cinta bermekaran dalam hatinya . Tiada hentinya bibirnya mengucapkan hamdalah.


Thursday, November 27, 2008

Muhasabah - Awak, saya sayang awak sangat-sangat...

Sekali lagi aku mengimport sesuatu yang menarik dan menginsafkan. Aku tidak tahu siapa penulis asal. Sebuah warkah seorang hamba Allah SWT kepada bekas kekasihnya. Di sini juga ingin aku tujukan warkah ini kepada seseorang. Sekiranya dia baca, Alhamdulillah...

kerna posting ini mendapat sambutan hangat,saya letakkan dalam page berasingan.semoga pengalaman ini mungkin sekali berguna untuk anda,pembaca yang dirahmati Allah.

Awak,Saya sayang awak sangat-sangat….

Awak,saya ingat lagi saya selalu cakap cmni kpada awak..Kita kenal sejak dari tingkatan dua.Saya menjadi mentor dan tutor awak.awak pelajar saya.waktu tu,saya sekolah asrama dan dekat dengan sekolah awak.sama satu kawasan.Rumah awak pun dekat je dgn sekolah saya.Mulanya awak tak suka saya sebab awak kata saya ni berlagak,tapi akhirnya kita jadi kawan.ironi btul hbgn kita.Orang yang awk menyampah akhirnya jadi boyfriend awk.Kita kenal hati budi masing2 dalam tempoh yang lama dan akhir nya saya lamar awak untuk jadi girlfriend saya..Awak mintak saya tunggu sebab awak nak tunggu kata putus ex boyfriend awk.Akhirnya kesabaran saya membuahkan hasil.Awak kekasih saya.Awak kagum sbb saya sggup tggu. PMR waktu tu makin dekat,saya ajar awak dan kita study sama2.Awak kata awak sukakan saya sebab saya matang dan berprinsip.Yelah,sewaktu itu saya menjadi salah seorng pemimpin pelajar dan pengalaman itu mematangkn saya dan membuatkan saya teguh memegang prinsip dan etika.Alhamdulillah,kita berdua sama2 mendapat result PMR yang macho,kacak,hensem lagi bergaya.Daripada sekolah biasa,awak ditawarkan ke MRSM di Kuala Lipis.jauh sangat kata awak…rindu…Saya pula,berhijrah ke negeri asal saya kembali.Jarak yang jauh tidak pula memisahkan hati kita..

Handphone Nokia saya dan Motorola awak sebagai penghubung cinta kita.Awak kata perhubungan kita ni sangat indah.Dan benar,memang indah bagi saya.Oleh sbb jarak antara kita jauh,akhirnya awak mengambil keputusan untuk keluar daripada system MRSM.dekat sikit,kata awak. tidak apalah,sekurang-kurangnya,lagi senang saya nak jumpa awak.Jarak antara kita buat rasa rindu makin meluap-luap.

Sampai satu ketika,saya sedar yang perhubungan kita menyebabkan awak leka dan saya juga leka.Jadi saya tidak hubungi awk.saya nk try untuk awk lpakn saya dan tumpukan pada belajar.Tahun depan kita dah nk SPM.Banyak sms awak hantar untuk memujuk saya .Yelah,saya dapat kebenaran khas bawak handphone ke maktab atas dasar projek sains.Tapi saya tidak balas msg awak.sedangkan hati saya rindu kan awak.Nasib baik kawan2 baik saya faham.Diorang ajak saya buat macam2 bende yang seronok.Kitorang fly sama2,main bola dalam dorm dan dewan tengah2 malam dan macam2 lagi.Kena tangkap dengan warden lagi menambahkan keseronokan kami.CABARAN DAN KESERONOKAN.Tapi tidak lama.Semakin hari saya jadi lagi rindu.Akhirnya saya kalah.saya hubungi awak dan saya jelaskan.Awak terima dan kita bersama kembali.

Pejam celik kita dah mula melangkah masuk ke tingkatan 5.Saya banyak nasihatkan awak supaya belajar.Alhamdulillah,result saya pun ok walaupun tidak lah terbaik di dalam maktab.Pelajaran saya pun cukup mantap.Awak ada masalah awk cerita pada saya dan sebaliknya.Saya pula semakin sibuk dengan mewakili maktab dan negara dalam banyak pertandingan..Kadang2 ada juga rakan sekolah yang tidak puas hati dengan saya.saya ceritakan kpda awak.saya x kisah diorng x ske saya asalkan saya ada awak dalam hidup saya.Bahkan saya juga ada ramai kawan2 yang laen yang sanggup back up saya.saya x kisah..saya ade kawan2 yg setia dan paling penting ada awak.Akhirnya kita sama-sama mengakhiri zaman sekolah menengah kita.

Tidak lama lagi result SPM akn keluar.Awak kata awak nk ambil medic.dan saya sokong awak.kita berkongsi cita2 dan impian.saya bakal peguam dan awak bakal doctor.Dan akhirnya result pun keluar.Alhamdulillah,result saya menggembirakan parents saya.saya bukan seronok sbb result yg bagus tetapi saya gembira sebb parents saya gembira.saya suka tengok mak saya tersenyum dan menangis kegembiraan.Saya suka ayah saya bangga dengan saya dan menceritakan kejayaan anaknya di kedai kopi.Dia kelihatan begitu gembira.Saya telefon awak.Awak menangis.Result awak x sebaik mana.Awak takut saya tinggalkan awak,jadi awak nk saya cari prmpuan lagi baik dari awak.Saya x nk!!!saya sayangkan awak.saya janji saya x tinggalkan awak.Dan saya lelaki berpegang janji..saya plan untuk masa depan awak.alhamdulillah,awak dapat byk twrn.Tetapi demi saya,awak ambil kejururwatan ats kehendak saya sedangkan awak dapat tawaran chem. Engine under Mara.Kita masing-masing melakukan pengorbanan yang besar

Hubungan kita makin hangat atas pengorbanan masing2.Bukan kecil pengrbanan kita sebb membabitkan masa depan kita.Tapi bagi saya dan awak,ia amat berbaloi.Semakin hari kita semakin sayang.awak merajuk saya pujuk dan begitu sebaliknya.Bila ada cuti aja saya balik dan saya berjumpa awak..Memang kita psangan yang hangat.Kita x pedulikan orng lain.Biarlah kita dalam dunia kita sendiri.Bila saya ada masalah dengan bekas rakan sekolah saya,awak buat saya gembira.awak buat saya ketawa..Bila ada sesuatu yang awak suka,saya belikan dan awak juga macam tu.Pos Malaysia Berhad menjadi medium kedua setelah Celcom dalam menghubngkan cinta kita..Bila kita berdating,mengalahkn orng laen.Cinta suci lah katakan.

Akhir2 ini kita sering bergaduh.awak dengan ego awak dan saya dengan ego saya.Tetapi,kerna sayang dan cinta yang masih ada,kita berbaik semula.Saya dah berjumpe parents awak .Tetapi,akhirnya kita berpisah juga.sukar untuk saya dan awak terima.sebab kita berdua pun tidak tahu sebb sbnr kita berpisah..pelik bukan???saya depress.saya hilang punca hidup saya.saya hilang cahaya dan bintang saya.awak juga hilang arah tuju awak.adik awak minta kita berbaik.tetapi tidak berhasil..Saya menangis,setiap kali saya teringatkan awak saya menangis.exam final semakin dekat,tapi saya x mampu belajar.semua barang2 hadiah awak membuatkan saya teringat…semua gambar2 kita bersama, memecah dan remukkn hati saya.adik awak juga cerita yang awak dah x mcm dulu lagi.sudah hilng kakak nya yg ceria.saya ceritakan pada mak saya dan menangis pada mak saya.Bersyukur saya dianugerahkan ibu yang memahami.Tetapi,saya tetap x dpt untuk melupakan awak.macam mana hendak lupakan orng yang saya cintakan bertahun2 dalam masa beberapa bulan.Even saya tengah berjalan2 dan melihat movie comedy,hati saya menjadi sayu..teringatkan awak yang manja,yang manis..Even saya berborak dengan kawn2 pun air mata saya boleh mengalir.Tetapi saya tabahkan hati.saya kuatkan diri walaupun susah..semua hadiah awak saya simpan kn.semua gambar2 awak dalam laptop saya,saya encypt kn..saya mesti move on dengan hidup saya…sungguh begini sekali jadinya..

Alhamdulillah,saya dah mula move on..daripada rasa sedih,akhirnya sedikit sebnyk bertukar marah sebab awak hubungi saya semata2 untuk marah saya.dlm mengisi kesedihan,saya carik girlfriend baru.tapi x sama..semester baru pun mula dan girlfrnd bru pun ditinggalkn di semnnjung,Dalam mengisi kesedihan,alhamdulillah,ada seorang sahabat yang menasihati saya.Dia mengajak saya pergi ke Daurah di Kuching.Tidak apa..sekurang2 nya seronok saya fikir.niat awal dihati untuk berjalan2..Huh!!. Disana,saya takjub.takjub,kagum,tergamam dan tergumam.saya lihat segolongan pemuda yang mengisi masa mereka dengan cinta mereka pada ibadat..Awak bayangkan,dengan sesama rakan,ibarat macam kita berdua berkasihan.sungguh rapat.Dan awak tahu,yang membuatkan saya bingung,pada akhir program di majlis perpisahan,mereka menangis!!!saya pelik..sedangkan mereka sama universiti.mereka menangis macam tidak akan berjumpa kekasih mereka lagi.Dalam perjalanan pulang selama 14 jam,otak saya asyik memikirkan apa berlaku.MALUNYA SAYA!!!Saya menangis kerana awak tapi jarang saya menangis kerana Allah!!!MALUNYA SAYA!!!saya sanggup buat apa sahaja untuk awak tapi jarang saya berbuat sesuatu demi Allah…Dan dalam bas itu,dengan ALLAH sebagai saksi(kawan saya tertidur)..air mata saya buat sekian kalinya mengalir.Tetapi kali ini berbeza…Bukan sebab awak.tetapi sebab malunya saya kepada KEKASIH AGUNG saya…dan pada saat itu,saya sedar,apa yang kita lakukan dulu adalah kesilapan.yang ada cuma cinta pada nafsu.Bukan cinta suci yang awak dan saya katakan.Dan pada hari itu juga,saya putuskan hubungan saya dengan girlsfrnd baru saya di semenanjung.Sbb saya dah ada KEKASIH YANG TIADA TANDINGAN…


Sekarang,saya masih lagi tetap menangis.tapi bukan sbb awak..kali ni saya menangis dalam sujud saya kepada KEKASIH saya..saya menangis atas dosa dan silap saya ketika saya dan awak bersama.Saya menangis dalam sujud dan saya kenali diri saya sendiri.Saya menangis sebab bila awak tinggalkan saya,baru saya sedar yang DIA sentiasa ada dengan saya.Saya menangis sebab bila saya fikirkan cahaya hidup saya hilang,rupa2 nya tu cahaya palsu dan DIA datang dengan kasih Nya membawa cahaya yang benar..Dan sekarang,saya juga tetap berdating.saya berdating dengan Nya pada malam hari.mengadu pada Nya.menangis memohon kepada Nya atas dosa2 saya dan lupa saya kepda Nya sedangkan Dia begitu sayangkan saya.Itulah sebab kita dipisahkan,kerna sayang Dia kepada saya dan awak.Dan pada ketika ini juga saya berazam untuk tidak bercouple lagi sbb saya dah jmpa KEKASIH YANG MAHA AGUNG.yang x pernah lari dari saya.Yang x prnh lupakan saya.Yang x pernah tinggalkan saya. Bukan sebab saya kecewa dengn cinta mnusia.Bahkan memg lahir rasa suka pada seseorng.Tapi bukan kah itu fitrah..??Yang penting adalah bagaimana mengawal rasa dan perasaan itu.dan juga mengawal tingkah laku dan pergaulan.Telah Allah tetapkan bahwa nikah dan perkahwinan adlah sebaik2 jalan untuk hubungan kn.Cukuplah sekadar berkawan dan mngwl prsaan saya..Walaupun sukar,tetapi akan saya cuba.. inshaallah awak.Barang2 dan hadiah awak tidak saya buang.saya simpan..bukan sebab saya ingin mengingati awak,tetapi ingin ingati betapa jauhnya saya lari daripada KEKASIH AGUNG saya…betapa jauh saya pergi daripada Nya sedangkan Dia begitu hampir dengan saya….dan menanti saya untuk menyambut CINTA AGUNG daripada Nya

Awak,sekiranya awak terbaca surat saya ini,saya amat bersyukur kita berpisah.ingin sekali saya berterima kasih..dan amat2 syukur…sebab Dia masih sayangkan kita.Dia tidak mahu kita hanyut lebih jauh..saya sentiasa doakan awak dan orang2 seperti kita dahulu berjaya mencari CINTA YANG BENAR2 AGUNG!!Cinta Dia yang x pernah hilang…Saya telah temui jalan saya,dan harap awak akan jumpa jalan awak..Lupakanlah saya dan apa yang berlaku dahulu dan mulakanlah dengan air mata taubat kepada KEKASIH yang hakiki..

Yang mencintai Nya…..

Wednesday, November 19, 2008

"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan"


Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA utara ini, bermusafir menjejak ilmu perekonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini. Malah bukan perkara yang ajaib jika tidurpun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku. Aduhai, tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami. Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan menapak ke paras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Zairy adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah!

Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu. "khabar apakah zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah zaid pada husna? Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, maahad johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas kuatur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.

"zaid, maafkan husna. Husna masih menyayangi zaid. Perasaan husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas". Aku tersenyum membaca sms yang ke2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!

"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan". Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling 'bengkeng' dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan. Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh.

"Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana" Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang! Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati, tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar aku insan dhaif yang lemah.. lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu.

"Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model? Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung. "Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu. "Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!" Aku mencebik dan tersenyum sinis.

"Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini". Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal kuraih pada keluargaku.

"Kau terlalu naif!" Aku tersentak, benarkah? "Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" Mendatar kalimah itu.

"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!" Aku meneliti bait-bait yang terlontar.

"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya." Dia melepaskan satu keluhan. "Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya." Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku.

Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu. "Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan. Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini.

Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Diamasih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah. Benar, kata-katamu itu terlalu benar.

Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini, aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi. Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah... terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri. Sms husna ku balas... "Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"

http://syawqahwardah.blogspot.com/2008/10/lelaki-yang-soleh-takkan-mengalah-hanya.html