Tuesday, June 10, 2008

Pengertian cinta sebenar

Tanggal 10 Jun 2008. Pada petang ini, aku baru sahaja selesai membaca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman Al-Shirazy, seorang alumni Universiti Al-Azhar, Mesir. Melalui pembacaan ini, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan hidayah dan petunjuk-Nya, aku kini lebih mengerti pengertian sebenar cinta antara dua insan yang berlainan jantina, cinta dari perspektif Islam. Sungguh indah cinta jikalau kita sebagai hamba Allah menggarap maksudnya dari sudut pandangan Islam, jauh lebih indah daripada cinta yang dilaung-laungkan Barat yang pada dasarnya lebih tertumpu ke arah objektif untuk memuaskan nafsu semata-mata. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Orang-orang yang akrab saling mengasihi pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa. (Surah Az-Zukhruf: 67)

Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketaqwaan kepada Allah maka keduanya mungkin saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya yang menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahu pun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun juga. Kadang-kadang juga tidak peduli pada pertimbangan halal dan haram. Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah SWT.

Isteriku, aku tak ingin kita yang sekarang ini saling menyayangi dan saling mencintai kelak di akhirat justru menjadi musuh dan seteru. Aku ingin kelak di akhirat kita tetap menjadi sepasang kekasih yang dimuliakan oleh Allah SWT. Aku tak menginginkan yang lain kecuali itu isteriku.
(dipetik daripada novel Ayat-ayat Cinta)

Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, jangan di hatiku. Sebaik-baik percintaan adalah cinta yang suci selepas perkahwinan, diredhai dan diberkati Allah SWT. Kekecewaan yang berlaku tatkala kita semua yang masih muda remaja disebabkan oleh rasa cinta tiada nilainya di sisi Allah SWT. Namun begitu, Allah SWT sama sekali tidak melarang hamba-hamba-Nya untuk menaruh perasaan di antara jejaka dan wanita. Perkara itu memang bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia yang menyukai insan yang berlainan jantina. Untuk menghalalkan perkara ini, Islam telah menyediakan penganutnya sistem perkahwinan. Untuk menjaga kehormatan individu serta kesucian zuriat.

Diri ini sendiri pernah mengalami kekecewaan akibat cinta. Rasa seksaan cinta akibat dikecewakan pada saat itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tambahan pula pada saat itu, diri ini hanya seorang insan yang jahil. Tidak mengerti bahawa cinta hakiki adalah milik Allah SWT. Tidak mengerti bahawa diriku baru setahun jagung untuk memikul tanggungjawab memikul bebanan cinta. Tidak memahami maksud sebenar konsep jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hanya ingin memenuhi kehendak hati yang didorong oleh nafsu muda yang membuak-buak. Kini aku telah sedar bahawa ada hikmah disebalik kekecewaan itu. Aku sudah mula memahami bahawa kejadian tersebut telah berjaya menyelamatkan diri aku daripada terjerumus ke lembah hina. Ke lembah kemaksiatan sekiranya aku terus-menerus melayani kehendak hati. Kini, hati ini berazam agar aku dapat merubah cara hidupku agar senantiasa berada di dalam jalan yang diredhai Allah SWT, jalan yang dilalui oleh para nabi dan para sahabat serta jalan yang dilalui oleh Fahri Bin Abdullah meski pun beliau hanyalah watak khayalan manusia. Namun aku yakin bahawa semua itu tidak mustahil dapat dicapai dengan kesungguhan, keazaman dan tekad serta keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Insya Allah...

Monday, June 9, 2008

Ana uhibbuka fillah ya Ukhti..

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis
Kerana itu kau tak akan mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku
Bagiku dirimu bunga terindah,
Bagiku dirimu manusia terbaik ciptaan Tuhan,
Bagiku dirimu adalah segala-galanya.

Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh biar sekalipun,
Kerana ia akan membuatku mengingatimu
Bererti memenuhi fikiranku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan kerana aku terlalu indah,
Tapi kerana aku seorang yang masih kotor
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas
Meniru laku para rahib, meski hatiku itu hakikatnya lebih kotor dari lumpur
Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi
Kerana kau hanya manusia – hanya seorang wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati akan membawamu kehadapan Tuhanmu
Untuknya dirimu ada,
Terukir dalam kitab suci,
Tak perlu difikir lagi,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah,
Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti,
Bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Dan ingatlah tiada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, tetapi pada jalan yang kau pilih untuknya
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

Diskriminasi wanita di dalam Islam?

  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima pusaka (warisan) kurang dari lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak harus selalu taat pd isterinya.
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)? Benda yg mahal harganya tentu akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita Islam.

  1. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
  2. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.
  3. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika karena melahirkan anak adalah syahid.
  4. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
  5. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  6. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
  7. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata

Masya Allah, demikian sayangnya Allah pada wanita.