Tuesday, June 17, 2008

Dirinya Untukku

Keheningan malam
Di sudut hatiku
Menantikan hadirnya dirimu
Yang tidak pernah ku temui dan kenali

Ya Allah
Kasih sayang seorang wanita
Hati ini dambakan
Menemani setiap langkah
Menemani tatkala suka dan duka

Ya Allah
Hanya Engkau tempat ku memohon
Tatkala diri ini dirundung keresahan
Mengharapkan belas Mu
Temukanlah aku dengannya

Meski waktu yang membatasinya
Rela aku nanti hingga ke akhirnya
Kerna ku yakin akan ketentuan Mu
Ada yang tercipta untukku

Monday, June 16, 2008

Ungu Ft. Rossa - Tercipta Untukku (OST Ayat-ayat Cinta)



Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

(Chorus)
Aku ingin engkau slalu hadir dan temani aku
Disetiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

[Rossa]
sunggu hanyalah dirimu yang aku cintai
dan sungguh ku kan disisimu hingga ku mati...


Hiburan Di Dalam Islam

ANTARA bentuk seni ialah seni tari. Hukum asalnya adalah harus. Tarian dibenarkan dalam suasana gembira bagi me lahirkan perasaan riang dan menghibur hati pada waktu tertentu seperti pada hari raya, pesta perkahwinan, akikah, pulangnya seorang ahli keluarga ke kampung dan pada waktu lahirnya seorang bayi dengan syarat tidak melampaui batas syarak.


Terdapat hadis yang Rasulullah s.a.w membenarkan nya nyian, muzik dan tarian. Sebagai contoh, Rubayyi' binti Mu'awwiz 'Afra berkata, Rasulullah s.a.w datang ke rumah pada pesta pernikahannya. Lalu Nabi s.a.w duduk di atas tikar. Tidak lama kemudian beberapa orang daripada jariahnya (wanita suruhan) segera memukul rebana sambil memu ji-muji (dengan menyenandungkan) orang tuanya yang sya hid di medan perang Badar. Tiba-tiba seorang daripada jariah itu berkata: “Di antara kita ini ada Nabi s.a.w yang dapat mengetahui apa yang akan terjadi pada esok hari.”

Rasulullah s.a.w segera bersabda: “Tinggalkanlah cakapan itu. Teruskanlah apa yang kamu (nyanyikan) tadi.” (Hadis Buhkari, Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain).
Bagaimanapun, perkembangan semasa dalam masyarakat Islam yang banyak menerima pengaruh negatif Barat men jadikan seni tari yang ada bercampur perkara haram.
Contoh, tarian wanita dengan lelaki yang bukan mahram, tarian wanita di khalayak ramai dan bentuk pakaian tidak menutup aurat.

Sebagai panduan, Islam melarang tarian yang mengajak orang minum arak, bergaul bebas, bermain cinta atau bunuh diri kerana putus cinta, berunsur cabul yang mengarah kepada perbuatan dosa atau membangkitkan nafsu seksual, percampuran antara lelaki dengan wanita dan di pentas-pentas terbuka yang membabitkan penari perempuan. (Untuk lebih lihat, ‘Abd-ur-Rahman Al-Baghdadi, Seni dalam Pandangan Islam: Seni Vocal, Musik dan Tari (http://www.musikdebu.com/seni/).

Bercinta mengikut batasan agama

PERASAAN cinta serta rasa kasih dan sayang dalam kehidupan seharian diterima Islam sebagai normal.

Dalam hal ini kisah Nabi Yusuf as dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah menyebut dalam al-Quran, mak sudnya:
“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)… (al-Quran, Yusuf (12): 24).
Nabi Yusuf berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina.

Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya

(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas

(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram

(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian

(4) menjaga pandangan mata dan

(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.

Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam.
Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain.


Allah sendiri bersifat ar-Rahman (Pemurah) dan ar-Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada ke luarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan seterusnya.
Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta pada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.


Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dan masyarakat.