Friday, September 19, 2008
Sebuah fasa ke arah usia dewasa
Aku tersedar dari sebuah mimpi yang tidak bermakna. Sebuah mimpi yang telah membuatkan aku lupa akan tujuan sebenarku di sini. Kini aku tahu apa yang perlu aku lakukan dan apa yang perlu aku tinggalkan. Kekecewaan ini mengajar aku seribu pengalaman yang amat membantu untuk aku menghadapi masa depan yang penuh ranjau dan onak duri. Kawan makan kawan, peribahasa yang sesuai untuk menerangkan keadaanku. Aku sebagai mangsanya. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segalanya. Aku tidak musnah disebabkan hal ini tetapi bangkit untuk membuktikan sesuatu. Aku tidak kalah dan tidak akan sesekali mengaku kalah. Masih ada teman sejati di sisiku yang sanggup bersama tatkala suka dan duka. Hal ini hanya perkara kecil, perkara yang dapat diatasi dengan mudah sekali. Semoga aku diberikan kekuatan tersebut. Fokusku kini ke arah pelajaran, keluarga, rakan-rakan dan tanggungjawab sebagai pemimpin. Semoga aku mampu menegakkan dakwah Islamiah walau di mana jua aku berada. Bantulah aku wahai rakan-rakanku, sekiranya anda teman sejatiku.
Wednesday, September 17, 2008
Sedar Segalanya
Alangkah indahnya dunia kita
jika bertemu insan yang didamba
ada bersama setiap masa
tatkala suka dan duka
Alangkah indahnya dunia kita
pahit manis dilalui bersama
saling membantu bekerjasama
di bawah nur Yang Maha Esa
Namun begitu
hidup tidaklah selalu indah
hari tidaklah selalu cerah
turunnya dugaan penguji iman
Insan yang digelar rakan
tidaklah dinamakan sejati
menikam rakannya dari belakang
memanipulasi kelemahan insan
Bersyukur ke hadrat-Mu ya Allah
memberi petunjuk tatkala ku kebingungan
kini aku telah sedar segalanya
yang mana kaca dan permata
jika bertemu insan yang didamba
ada bersama setiap masa
tatkala suka dan duka
Alangkah indahnya dunia kita
pahit manis dilalui bersama
saling membantu bekerjasama
di bawah nur Yang Maha Esa
Namun begitu
hidup tidaklah selalu indah
hari tidaklah selalu cerah
turunnya dugaan penguji iman
Insan yang digelar rakan
tidaklah dinamakan sejati
menikam rakannya dari belakang
memanipulasi kelemahan insan
Bersyukur ke hadrat-Mu ya Allah
memberi petunjuk tatkala ku kebingungan
kini aku telah sedar segalanya
yang mana kaca dan permata
Friday, September 12, 2008
Ketika Cinta Berbuah Syurga
Aku bukanlah insan yang berupa
Juga bukan insan yang berharta
Hanyalah insan yang kerdil
Penuh dengan kelemahan dan kekurangan
Aku tidak dambakan rupa
Jauh sekali yang berharta
Kerna ku tahu
Aku hanyalah insan yang hina
Aku mencari yang tercipta untukku
Yang telah ditakdirkan untuk bersamaku
Saat bertemu di alam roh
Suatu masa dahulu
Semoga dirinya
Dan juga diriku
Menanam bunga cinta
Yang akan berbuah syurga
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
Subscribe to:
Posts (Atom)