Monday, August 10, 2009

Akhirnya aku mengundur diri...

Sudah hampir 4 bulan saya tidak menghantar sebarang entry ke dalam blog ini. Bukannya sudah hilang minat tetapi kesibukan belajar dan kelab menghalang saya dari meluangkan masa untuk terlibat dgn blogging. Kini mungkin saya sudah boleh kembali fokus kepada akademik memandangkan saya sudah meletakkan jawatan sebagai Presiden Kelab High Flyers (terdahulu dikenali sebagai Kelab Bina Insan) pada hari Jumaat yang lepas. Pelbagai kisah suka dan duka dilalui bersama terutamanya selepas saya dinaikkan sebagai Presiden pada bulan Mei yang lepas. Rakan-rakan merangkap AJK High Flyers Club tanpa mengira penat dan lelah sentiasa membantu dan berada di belakang saya terutamanya Naib Presiden saya, Norzayana Binti Yusof (yang selalu menjalankan tugas sebagai setiausaha dan juga rakan yang senantiasa memberikan semanagt dan dorongan) dan juga semua ketua biro yang lain; Radzi (Biro Publisiti), Teh (Biro Komunikasi), Amir (Biro Islam), Rahmah (Bendahari), Shahrul (Biro Aktiviti merangkap rakan sebilik saya) dan juga Abang Hafiz dan Kak Lyn yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada kami. Terima kasih. Semoga adik-adik yang menggantikan kami dapat melakukan yang terbaik dan lebih baik daripada kami. Insya Allah. Sekian dulu dari saya pada kali ini. Assalamualaikum.

2 comments:

Zayana Yusof said...

anytime..
apa yg penting?? :D

wa'alaikumussalam.

Aduka Rentaka said...

Kerjasama!! =D