skip to main |
skip to sidebar
Renungan minggu ini...
Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Al-Maidah: 8)
Firman Allah SWT dalam ayat ini menerangkan bahawa kita sebagai khalifah di atas muka bumi Allah SWT haruslah senantiasa menegakkan agama Allah SWT dalam apa jua situasi pun. Janganlah kita membuat keputusan yang berat sebelah berdasarkan apa yang terlintas di dalam fikiran kita semata-mata. Ingatlah bahawa Allah SWT mengurniakan setiap manusia yang sempurna dengan akal, nafsu dan qalbu (naluri).
Kedudukan akal merupakan yang tertinggi jika dibandingkan dengan nafsu dan qalbu manakala kedudukan nafsu adalah yang terbawah. Akal membantu kita untuk membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau pun tidak. Akal juga turut membezakan insan dengan haiwan. Sekiranya kita membuat sesuatu keputusan menggunakan akal berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kita akan senantiasa berada pada jalan yang diredhai Allah SWT. Dan janganlah sesekali kita bergantung semata-mata kepada nafsu dlm membuat keputusan kerana hal itu akan membawa kita ke dlm lembah kehinaan. Nauzubillah hi min zalih. Berbalik kpd firman Allah SWT dlm ayat di atas, Allah menerangkan bhw sekiranya kita berlaku adil dalam menegakkan kebenaran, maka ketakwaan akan pasti mendekati kita.
Manusia adalah makhluk kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan. Berdampinglah kita dengan mereka yang mampu memberikan teguran yang membina apabila kita melakukan kesilapan. Serta mereka yang mampu menerima teguran apabila melakukan kesilapan. Sesungguhnya manusia adalah makhluk Allah SWT yang memerlukan satu sama lain pada setiap masa.
1.Hormat, sayang dan anggap kanak-kanak lebih mulia dari diri kita kerana mereka belum berdosa dan sesungguhnya mereka lebih suci dari kita2.Hormat kepada orang yang lebih tua dari kita kerana sesungguhnya mereka lebih dahulu dari kita dalam melakukan ibadah dan beramal3.Menyanjungi orang alim dan ulama kerana sesungguhnya ilmu mereka lebih tinggi dari kita, belajarlah dari mereka4.Malu kepada orang jahil dan kafir kerana sesungguhnya mereka melakukan kesalahan dan maksiat tanpa mengetahui dosanya, sedangkan kita melakukan kesalahan walhal kita tahu akan azabnya5.Jangan anggap orang yang berdosa lebih jahat dari kita kerana sesungguhnya hidayah milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah akan berikan hidayah kepadanya dan menarik hidayah kita.Mungkin suatu hari nanti dirinya akan lebih mulia disisi Allah daripada kita yg mencercanya dulu (Nauzubillah)
(Dipetik dari http://syawqahwardah.blogspot.com/)
No comments:
Post a Comment