Saturday, August 22, 2009

Dunia yang mencabar di luar sana

Allah mengetahui,
aku lalai dalam berusaha,
aku lalai kepada-Nya,
kini Dia ingin mengingatkan aku,
bahawa ada dunia yang mencabar di luar sana.

Jika aku tidak kuat dan cekal,
aku akan hanyut di bawa arus,
itulah fatamorgana dunia,
jika aku rasa akulah yang terbaik,
senantiasa ada yang lebih baik.

Setahun bukan lama,
namun dalam tempoh itulah,
banyak yang aku pelajari,
aku telah berubah,
mungkin,
hanya Engkau yang dapat menilai.

No comments: