Friday, August 15, 2008

TUC dan kisah hidupku...

Salam pendahulu kata. Sebulan sudah berlalu ketika pertama kali aku menjejakkan kakiku ke TUC. Tatkala ini, pandanganku terhadap TUC masih lagi kabur. Walaupun keadaan semuanya boleh dikatakan memuaskan; penempatan pelajar, rakan serumah, rakan sekelas, makanan dan sebagainya, namun aku harus mengakui bahawa sukar untukku menyesuaikan diri dalam situasi yang amat asing bagiku ini. Bagiku, sudah tiba masanya untuk diriku berubah bukan mengikut keadaan dan bukan lagi mnyesuaikan diri...

Aku datang ke TUC dengan membawa reputasi tinggi. Dengan azam yang membara, aku ingin mengekalkan kecemerlangan yang pernah aku lakarkan di Semerbak dan TGB. Dengan jangkaan tinggi dan harapan besar yang terpikul di atas bahuku, aku memulakan hidup baru di TUC. Namun sejarah mengatakan bahawa setiap insan yang berjaya pasti pernah atau akan bertemu dengan saat di mana dia menghadapi kesusahan dan kegagalan. Aku yakin bahawa inilah masanya aku berhadapan dengan situasi kesusahan dan kegagalan tersebut.

"Ukuran sebenar seorang lelaki bukanlah bagaimana dia menghadapi situasi senang dan selesa tetapi bagaimana dia berdiri semasa menghadapi saat kontroversi dan mencabar."
-Martin Luther King Jr.-

Masalahku hanyalah satu, yakni masalah komunikasi. Bahasa Inggeris. Pada zaman persekolahan dulu, akulah yang paling lantang bersuara apabila diajak berbicara tentang penggunaan bahasa Inggeris di dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Ku katakan bahasa ini bahasa penjajah, bahasa mereka yang telah merosakkan pemikiran bangsa Melayu. Alangkah rugi diriku sebenarnya kerana pernah memiliki pemikiran sesempit itu. Aku bukanlah insan yang tidak pandai berkata-kata. Sekiranya diberi peluang, aku boleh menjadi Anwar Ibrahim kedua, lantang bersuara membela hak rakyat. Tetapi hanyalah dengan berbahasa Melayu. Namun, apabila berkaitan dengan bahasa Inggeris, aku menjadi kaku dan pegun. Mindaku kosong.

Alangkah tidak bernasib baiknya diriku ini kerana berhadapan dengan situasi ini tatkala umurku sudah melangkau 18 tahun. Inilah kali pertama aku hidup dalam kalangan insan bukan Melayu. Inilah juga kali pertama aku harus hidup dalam suasana kehidupan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Di SKTSG, Semerbak dan TGB, semuanya merupakan komuniti bangsa Melayu. Di TUC inilah kali pertama aku berhadapan dengan komuniti bukan Melayu. Melayu bukanlah lemah, tetapi kurang keyakinan diri. Melayu bukanlah bodoh tetapi malu tidak bertempat.

Sudah tiba masanya untuk aku berubah menjadi insan yang mampu untuk mengadaptasikan kelemahan diri menjadi suatu kelebihan. Dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan. Azamku untuk bulan kedua dan seterusnya kehidupanku di TUC, memperbaiki bahasa Inggerisku dan berusaha mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya."
-Surah Ar-Ra'ad: 11-

"Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya, tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran.
-Surah As-Syura: 27-


Saturday, August 9, 2008

Renungan minggu ini...

Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Al-Maidah: 8)

Firman Allah SWT dalam ayat ini menerangkan bahawa kita sebagai khalifah di atas muka bumi Allah SWT haruslah senantiasa menegakkan agama Allah SWT dalam apa jua situasi pun. Janganlah kita membuat keputusan yang berat sebelah berdasarkan apa yang terlintas di dalam fikiran kita semata-mata. Ingatlah bahawa Allah SWT mengurniakan setiap manusia yang sempurna dengan akal, nafsu dan qalbu (naluri).

Kedudukan akal merupakan yang tertinggi jika dibandingkan dengan nafsu dan qalbu manakala kedudukan nafsu adalah yang terbawah. Akal membantu kita untuk membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau pun tidak. Akal juga turut membezakan insan dengan haiwan. Sekiranya kita membuat sesuatu keputusan menggunakan akal berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kita akan senantiasa berada pada jalan yang diredhai Allah SWT. Dan janganlah sesekali kita bergantung semata-mata kepada nafsu dlm membuat keputusan kerana hal itu akan membawa kita ke dlm lembah kehinaan. Nauzubillah hi min zalih. Berbalik kpd firman Allah SWT dlm ayat di atas, Allah menerangkan bhw sekiranya kita berlaku adil dalam menegakkan kebenaran, maka ketakwaan akan pasti mendekati kita.

Manusia adalah makhluk kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan. Berdampinglah kita dengan mereka yang mampu memberikan teguran yang membina apabila kita melakukan kesilapan. Serta mereka yang mampu menerima teguran apabila melakukan kesilapan. Sesungguhnya manusia adalah makhluk Allah SWT yang memerlukan satu sama lain pada setiap masa.

1.Hormat, sayang dan anggap kanak-kanak lebih mulia dari diri kita kerana mereka belum berdosa dan sesungguhnya mereka lebih suci dari kita

2.Hormat kepada orang yang lebih tua dari kita kerana sesungguhnya mereka lebih dahulu dari kita dalam melakukan ibadah dan beramal

3.Menyanjungi orang alim dan ulama kerana sesungguhnya ilmu mereka lebih tinggi dari kita, belajarlah dari mereka

4.Malu kepada orang jahil dan kafir kerana sesungguhnya mereka melakukan kesalahan dan maksiat tanpa mengetahui dosanya, sedangkan kita melakukan kesalahan walhal kita tahu akan azabnya

5.Jangan anggap orang yang berdosa lebih jahat dari kita kerana sesungguhnya hidayah milik Allah dan bila-bila masa sahaja Allah akan berikan hidayah kepadanya dan menarik hidayah kita.Mungkin suatu hari nanti dirinya akan lebih mulia disisi Allah daripada kita yg mencercanya dulu (Nauzubillah)

(Dipetik dari http://syawqahwardah.blogspot.com/)

Friday, August 8, 2008

Metamorphosis

The new of me begins here.

Salam to all my brothers and sisters. Dah 4 minggu aku kat TUC. Aku harap minggu depan akan lebih baik daripada minggu nie. Minggu nie aku start rase diri aku kembali kepada asal. Yuhin kat TGB dulu. Insya Allah. Aku rase sepanjang 4 minggu kat sini, aku dah mulai lalai. Huhu. Lupe akan tujuan aku ke TUC yang sebenarnye. Banyak dugaan belajar kat kolej swasta macam nie. Iman kene kuat. Keliling ade maksiat. Okayla, kire stakat tu je la aku jadi kurang baik. Nak jadi insan yang lebih baik bermula Isnin nie. Insya Allah.

Kelas pulak overall okayla. Cume aku still agak kecewa dengan bilangan klasmate lelaki aku. Huhu. Lagipun mereka terlalu baik, agak keterlaluan kadang-kadang. Agak sukar bagi aku untuk masok dengan diorang. Sebab tu orang selalu cakap budak lelaki amek medic "nerd". Anyway, mereka merupakan sahabat yang baik sehinggakan aku sendiri rasa kekok. Aku amat bersyukur dapat member macam nie, dapat menghindarkan diri dariada terjerumus ke lembah hina. Cewahhhh...

Personal life plak, watpe aku nak kecoh-kecoh kat blog plak kan? Diam-diam sudeyh. Lagi pun bile aku pikir balik, aku belom ready lagi sebenarnye. Mungkin bunyi klakar pada umo 18 nie still solo and never couple before, tapi that is the truth. I believe in jodoh. My life partner had been set since alam roh. My effort just how to find her, not to choose someone based on my mind and perspective only.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorg yang melabuhkn cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu...

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah olehmu orang-orang yang mempunyai agama nescaya kamu akan berbahagia (Muttafaq A’laih : Riwayat Bukhari)

Janganlah kamu mengawini wanita-wanita kerana kecantikan kerana kemungkinan kecantikan itu memburukkan kehidupan. Janganlah mengawini mereka kerana harta , kerana kemungkinan harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang hamba sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik “ (Diriwayatkan oleh Ibn Majah)